KISAH KE 31



                            HASAN  AL-BASHRI
Sebelum Hasan menjadi seorang sufi, beliau ialah seorang jauhari (peniaga intan berlian). Satu hari beliau pergi ke satu tempat bernama Rom (di Asia Minor) kerana berniaga, dan pergi berjumpa menteri sultan. Menteri itu berkata kepada beliau, “Anda hendaklah menunggu beberapa hari lagi kerana pada masa ini menemankan sultan dalam satu kerja pentingnya. Jika anda mahu, anda bolehlah bersama kami.” Hasan pun berangkatlah bersama sultan, menteri dan lain-lain. Mereka masuk ke satu hutan yang luas. Di tengah hutan itu ada terdiri sebuah khemah yang hebat, yang di kawal oleh askar-askar. Pegawai-pegawai tentera masuk ke khemah itu dan kemudian keluar. Kemudian mereka berjalan mengelilingi khemah itu, dan kemudia pergi. Setelah itu tiba pula orang-orang tua yang kehormatan masuk ke khemah itu, berkata sesuatu, kemudian keluar, lalu mengelilingi khemah itu dan pergi. Kemudian datang pula golongan-golongan pakar-pakar perubatan dan berbuat demikian juga. Kemudian giliran dua ratus orang gadis yang cantik-cantik pula berbuat demikian. Akhirnya datanglah sultan dengan menterinya; baginda masuk ke dalam khemah itu, berkata sesuatu, keluar dan mengelilingi khemah itu dan terus pergi.
Hasan hairan melihat peristiwa itu. Beliau bertanya kepada menteri yang menemaninya itu. Kata menteri tersebut, “Sultan itu mempunyai anak yang lawa dan berani telah meninggal dunia di sini. Anak itu di kuburkan di tempat khemah itu terdiri. Tiap-tiap tahun kami mengunjungi tempat ini dan melakukan upacara yang tuan baru saksikan tadi. Mula-mulanya pihak tentera pergi ke kubur itu dan berkata kepada yang berkubur di situ ia itu anak raja itu, “Jikalah dengan senjata kami, dapat kami menyelamatkan kamu dari Tuhan Kematian, akan kami kurbankan nyawa kami untuk menyempurnakan tujuan itu, tetapi apakah daya kami tidak berupaya.”
Kemudian datang pula pihak candakiawan yang berkata, “Jikalau ilmu dan pengalaman kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, tetapi apakan daya kami tidak berupaya“. Kemudian datang pula, pihak tabib, berkata, “Jika ubat-ubat kami dapatmenyelamatkan kamu dari mati, tentu kami akan berusaha menyelamatkan kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya”. Kemudian pihak gadis-gadis yang cantik itu pula berkata, “Jikalau kecantikan kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, nescaya kami kurbankan apa sahaja untuk kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya”. Selepas itu, datang pula sultan ditemani oleh menteri-menterinya dan berkata, ‘Anak ku ! kami berusaha sedaya-upaya dengan kekuatan tentera, tabib-tabib dan lain-lain untuk menyelamatkan kamu dari mati, namun takdir Tuhan tetap berlaku jua. Selamatlah kamu tinggal di sini dan kami akan datang lagi tahun depan, pada masa ini juga.”
Peristiwa ini sangat mengharukan fikiran Hasan dan mengubah sikapnya. Beliau menghabiskan hidupnya dengan beribadat kepada Allah dan bersedia untuk menghadapi mati. Beliau kembali ke Basrah. Perniagaannya di tinggalkan. Beliau pergi jauh dari manusia ramai dan bersumpah tidak akan senyum sepanjang hidupnya. Tujuh puluh tahun lamanya beliau tidak berhenti-henti beribadat kepada Allah. Dalam hidupnya hanya satu sahaja keperluan dan tujuannya iaitu Allah. Dia tidak peduli apa sahaja selain Allah.
Apabila Rabi’atul-adawiyah Al-Basriyyah (803 Masehi) tidak datang menghadiri syarahan Hasan, ia tidak akan memberi syarahan hari itu. Orang bertanya kenapa beliau bersikap demikian. Jawabnya, “Serbat yang ada di dalam bekas untuk gajah tidak dapat dimuatkan dalam bekas untuk semut.”
Semasa beliau bersyarah dalam keadaan dzauk (mabuk terhadap Allah) beliau berterima kasih kepada Rabi’atul adawiyah dengan katanya, “Saya berterima kasih kerana berkat mu, membawa ku ke dalam mabuk cinta kepada Allah ( dzauk )”
Beliau pernah di tanya, “Apakah Islam dan siapakah orang Islam? “Hasan menjawab, “Islam itu dalam kitab-kitab dan orang Islam itu dalam kubur.”
JAKARTA  27/5/2013

View the original article here

0 komentar:

Posting Komentar

Total Tayangan Halaman

Blog's Archives